BABAK
1
Dalam kelas tingkatan 6A1, guru disiplin selaku guru
kelas telah memberi arahan kepada pelajar supaya membuat kertas kerja dan diberi
tempoh selama seminggu. Di rumah, Aini terus menyediakan bahan rujukan dan
menyiapkan kerja yang diberikan. Esoknya:
Waktu akhir persekolahan telah
tamat . Loceng berdering. Kringg…
Aini
: Sarah, jom balik.
Sarah
: Jom. Oh ya Aini, awak dah
siapkan kerja yang Cikgu Azah bagi semalam?
Aini
: Sudah. Cuma menunggu masa
dihantar aje
Sarah
: Ala…saya belum siap lagi
la. Boleh tak saya tengok cara awak mengulas?
Aini
: Awak nak pinjam? Emmm…bolehlah
tapi..awak kena jaga baik-baik, tau?
Sarah
: Alah..jangan lah bimbang,
saya cuma nak tengok aje lah! Nanti saya hantarkan
assigment ini di rumah awak
Aini
: Baiklah…ini dia.
Sarah
mula meniru kerja Aini di bilik komputer.
Bunyi
keyboard
Setelah
menyiapkan assigment Sarah berjumpa dengan Cikgu Azah dan menyerahkan
kerja.
Sarah
: Cikgu, ini dia kerja saya
Cikgu Azah
: Emm..cepatnya siap.
Nampaknya awaklah orang pertama hantar. bagus..
Sarah
: Ia ke Cikgu? Tak ada lagi
pelajar yang hantar sebelum saya? Kalau begitu, saya pulang
dululah cikgu.
Cikgu
Azah
: Baiklah.
BABAK 2
Beberapa
hari selepas itu…
Sarah
: Nah Aini..ini dia assigment awak.
Aini
: Kenapa awak lambat hantar
? Awak janji nak pinjam kejap aje…saya tunggu di rumah …tak datang-datang
pun.
Sarah
: Alah…kan hari ini baru tarikh tutupnya ? Cepat hantarkan pada Cikgu Azah.
Aini
: Ye lah…ye lah
Aini
kemudiannya ke bilik Cikgu Azah.
Aini
: Cikgu… ini dia assigment
saya.
Cikgu Azah
: Ya, Aini. Lambat pulak
awak serahkan assigment awak
kali ini! Biasanya awaklah
orang pertama yang hantar. Kenapa ni Aini, awak ada masalah ke?
Aini
: Aaa…tak ada apa-apa
Cikgu.
Kringg…
masa akhir persekolahan. Cikgu Azah berjalan menuju ke kelas.
Bunyi
tapak kasut Cikgu Azah.
Pelajar
senyap.
Cikgu Azah
: Assalamualaikum kelas… Saya dah semak assigment awak semua.
Secara
keseluruhannya….memuaskan,
tapi…saya dapati ada pelajar yang meniru…O.K Sarah
dan Aini, saya
dapati assigment kamu sama. Siapa yang tiru siapa?
Aini
: Cikgu, Sarah yang tiru
saya. Sebab hari tu dia pinjam ssigment saya.
Sarah
: Cikgu, mestilah dia yang tiru saya…kan saya yang hantar
paling awal?
Aini
: Hei, Sarah! Engkaukan
pinjam yang aku punye…
Sarah
: Mana ada aku tiru engkau…engkau jangan nak tuduh-tuduh…
Aini
: Habis tu, macam mana boleh
sama….?
Cikgu Azah
: Cikgu tak nak kamu
bertengkar kat sini! Hah Aini! Kenapa kamu kata Sarah tiru
assigment
kamu, sedangkan Sarah yang hantar assigment tu lebih awal daripada
kamu?
Aini
: Betul cikgu…saya tak
tipu. Sarah yang tiru saya.
Sarah
: Eh, mana ada… dia yang tiru saya Cikgu.
Cikgu
Azah
: (Mengetuk meja) Diam! Saya
tak nak kamu bergaduh.
Cikgu Azah
: Ha Aini ! Kamu tidak dapat
membuktikan bahawa Sarah telah mencuri assigment
kamu. Ini
bermakna kamu yang meniru assigment Sarah. Kamu mesti
bertanggungjawab
atas kesalahan kamu. Jadi, kamu mesti minta maaf dari Sarah,
sekarang!
Aini berkeras tidak mahu meminta maaf
Sarah
: Hah cepatlah Aini, cepat
minta maaf…nanti cikgu lagi marah!
Aini
: Maafkan saya Sarah (dengan
suara yang perlahan)
Cikgu
Azah
: Kuatkan suara kamu, Aini!
Aini
: Maafkan saya Sarah (dengan
suara yang kuat)
Cikgu Azah
: Baiklah pelajar-pelajar
semua, saya tak nak kamu lakukan sepertimana yang telah Aini
lakukan. Jadikan peristiwa ini sebagai satu iktibar. Aini ingat dia akan
terlepas. Aini!
Jangan lupa buat assigment yang lain dan hantarkan kepada cikgu
esok.
Cikgu
Azah memulakan pembelajaran.
Cikgu Azah
: Hari ini cikgu akan
mengajar Kata Bantu Aspek dan Kata Bantu Ragam. Kata Bantu
aspek ialah kata bantu yang menggunakan perkataan seperti telah, sedang,
sudah,
belum dan sebagainya manakala kata bantu ragam ialah kata bantu yang
menggunakan
kata bantu seperti hendak, mahu, harus dan sebagainya. Faham tak semua?
Pelajar-pelajar
: Faham cikgu!
Cikgu Azah
: Okey Sarah cuba awak
buatkan ayat dengan menggunakan Kata Bantu Aspek.
Sarah
: Baik, cikgu. Emmm…saya
akan menggunakan kata bantu telah. Aini telah meniru
assigment rakannya.
Cikgu
Azah
: Sarah…Sarah…suka awak
mengenakan Aini ye!
Cikgu
Azah
: Siapa sukarela nak buat
ayat menggunakan Kata Bantu Ragam?
Sarah
: Saya, cikgu .(Sambil mengangkat tangan)
Cikgu
Azah
: Ye Sarah.
Sarah
: Saya nak menggunakan kata
bantu mahu. Saya tak mahu jadi seperti Aini.
Kringg…
Masa akhir persekolahan telah tamat
Cikgu
Azah
: Pelajaran kita akan
bersambung pada hari esok.
Pelajar-pelajar
: Terima kasih cikgu.
Sarah
bergegas mahu pulang
Aini
: Sarah! Nanti dulu! Nanti
dulu Sarah! Aku nak bercakap sekejap dengan engkau.
Sarah
: Aaa…maafkan aku Aini,
aku nak cepat ni…nanti ketinggalan bas pulak…
Aini
: Sarah…! Sarah…nanti!
BABAK 3
Akibat
daripada kejadian tersebut, Aini merasa sangat malu dan tidak puas hati terhadap
keputusan Cikgu Azah. Hubungannya
dengan Sarah juga semakin renggang. Sikap
Aini juga turut berubah. Dia sudah
tidak berminat lagi untuk belajar di kelas. Dia sentiasa ponteng kelas.
Cikgu Azah masuk ke kelas seperti biasa sambil memerhatikan
pelajar-pelajarnya satu persatu. Didapati
Aini tidak hadir.
Cikgu Azah
: Sarah! Mengapa Aini sudah
seminggu tak hadir ke kelas? Dia sakit ke…?
Sarah
: Eh, semalam
saya nampak dia kat bandar, cikgu. Nampaknya
dia sihat aje. Saya rasa
dia
pontenglah Cikgu. Sebab dia tak
buat lagi kerja sekolah yang cikgu suruh buat
semula
tu…
Cikgu Azah
: Kalau tak silap saya awak
sekampung dengannya kan? Nanti bagitahu dia jumpa saya,
lagipun esok dah hari akhir tarikh pembayaran yuran. Suruh dia bawak duit
yuran
sekali.
Sarah
: Baiklah Cikgu
Cikgu
Azah memulakan pembelajaran.
Cikgu
Azah
: Baiklah kelas . Hari ini
cikgu akan mengajar tentang pola ayat dasar…..
Loceng
berbunyi. Kringg….
Cikgu
Azah mengambil keputusan untuk melaporkan kepada pengetua ketidakhadiran Aini ke
kelas selama beberapa hari.
Cikgu Azah
: Cikgu, saya nak buat
laporan tentang pelajar di kelas saya…namanya Noraini Harun.
Dia ni…sudah
seminggu tak datang ke kelas. Sebelum ni, dia seorang pelajar yang
baik,
tekun belajar dan berdisiplin. Minggu lepas dia telah meniru assigment
rakannya
dan saya
telah menjatuhkan hukuman dengan menyuruhnya meminta maaf di hadapan
kelas dan
membuat assigment yang lain.
Pengetua
: Sudahkah awak siasat
perkara ini sebelum menjatuhkan hukuman?
Cikgu
Azah
: Aaa… sudah .
Pengetua
: Saya rasa belum pernah ada
kes ponteng kelas yang serius di sekolah kita.
Walaubagaimanapun…tak mengapa. Saya akan siasat perkara ini….dan jika
ada apa-
apa perkembangan, minta Cikgu Azah melaporkan kepada saya.
Cikgu
Azah
: Baiklah Puan Pengetua,
terima kasih. Saya minta diri dulu..
Pengetua
: Sama-sama.
BABAK 4
Aini
membawa wang sebanyak RM200.00 untuk membayar yuran STPM. Aini tercari-cari
duitnya yang disimpan di dalam beg.
Aini
: Eh! Mana duit aku? Sarah !
Kau ada nampak duit aku tak?
Sarah
: Eh engkau ni, takkan itu
pun kau nak tanya aku? Tak ada masa lah aku nak jaga harta
benda engkau! Tercicir lah tu…kot.
Aini
: Alamak matilah aku! Duit
tu…aku nak bayar yuran…dahlah hari ini tarikh tutup.
Sarah
: Nasiblah engkau.
Cikgu
Azah masuk ke kalas untuk memungut duit yuran STPM.
Cikgu Azah
: O.K hari ini sesiapa yang
belum jelaskan yuran tolong jelaskan sekarang sebab hari ini
dah
tarikh akhir untuk pembayaran yuran.
(Cikgu
Azah memerhatikan keadaan sekeliling. Tidak ada pelajar yang tampil untuk
membayar yuran).
Cikgu
Azah
: Hah Aini, sudah lama saya
tak nampak awak? Saya rasa, awak
sorang lagi yang belum
bayar, kan?
Aini
: (Tergagap-gagap) Aaa…Cikgu,
memang saya nak bayar yuran hari ni…tapi..tiba-tiba
duit saya
hilang.
Sarah
: Hari ni baru nak datang bayar yuran…asyik ponteng aje (dengan
suara menyindir)
Cikgu Azah
: Macam mana duit kamu boleh
hilang? Awak dah cari betul-betul? Mungkin jatuh
bawah kerusi atau tercicir dalam beg tu tak?
Aini
: Entahlah…tadi saya letak
dalam beg…bila saya balik dari tandas, saya dapati duit
tu…dah
hilang (dengan suara yang sayu).
Cikgu Azah
: Kalau macam tu… semua
pelajar keluarkan buku dan barang-barang dari dalam beg,
letakkan di atas meja dan berdiri!
(Sarah
memerhatikan keadaan sekeliling dan terus memasukkan duit yang dicurinya di
dalam kasut). Semua pelajar diperiksa oleh Cikgu Azah.
Cikgu Azah
: Emm…nampaknya tak ada…tak
apalah. Saya akan siasat lebih lanjut perkara ini.
Cikgu
Azah terus masuk ke bilik Puan
Pengetua
(Bunyi
ketukan pintu)
Cikgu
Azah
: Assalamualaikum cikgu.
Pengetua
: Waalaikummusssalam..ya
Cikgu Azah ,ada apa-apa masalah?
Cikgu Azah
: Macam ni…cikgu, seorang
pelajar Noraini Harun gagal membayar yuran, sedangkan
hari ni tarikh tutup. Tadi dia mengadu duit yuran yang dia sediakan
hilang dalam kelas.
Pengetua
: Ooo..Noraini yang terlibat
dalam kes ponteng kelas tu…yea?
Cikgu Azah
: Aaa ya, Puan. Aaa.. pada
pandangan puan, apa yang perlu kita lakukan? Tadi…saya
dah
buat spot check tapi…tak berjaya.
Pengetua
: Spot check pun tak
berjaya? Emmm... pelik ye. Siapa kawan baik Aini tu? Satu
soalan lagi, dia duduk bersebelahan dengan siapa di dalam kelas?
Cikgu Azah
: Setahu saya, Sarah
merupakan kawan karibnya dan Aini pula duduk bersebelahan
dengannya.
Pengetua
: Sarah dan Aini….assigmentnya….(berfikir).
Macam ni, cikgu boleh beredar dulu,
jangan bimbang, kita akan bersama-sama menyelesaikan masalah ini ,
Insyallah.
BABAK 5
Keesokan
harinya, Sarah menayang-nayangkan barang-barang yang baru dibelinya. Kebetulan
pada masa yang sama Pengetua ternampak tingkah laku Sarah.
Sarah
: Awatif, tengoklah pen aku
ni…cantik… mahal tau…cuba bau ni…haaa..ada perfume
lagi. Lina! Tengok jam aku…jenama Gucci tau! Ni…ni… dompet duit ni…aku
baru
beli jugak tau?
Aini
: Banyaknya duit kau Sarah?!
Sarah
: Mestilah…duit aku berlambak dalam bank. Kenapa, engkau jealous
ke?
Aini
: Huh..perasan! Ke engkau
ambik duit aku?
Sarah
: Hoi! Cakap jangan sebarang
cakap…nanti aku cili mulut engkau, baru tahu.
Loceng terakhir waktu persekolahan terakhir berbunyi.
Cikgu Azah bergegas ke tingkatan 6A1.
Cikgu
Azah
: Sarah! Pengetua nak jumpa
kamu. Ke biliknya segera, ye?!
Sarah
: Baik cikgu.
Aini
: Hei Sarah! Ada apa
Pengetua nak jumpa engkau?
Sarah
: Hei… biasalah, pelajar terbaik. Mestilah pengetua nak jumpa.
Aini
: Perasan.
Sarah
ke bilik Pengetua selepas selesai waktu sekolah.
(Bunyi
ketukan di pintu)
Pengetua
: Masuk
Sarah
: Assalamulaikum, Cikgu…
Pengetua
: Waalaikummussalam, mari
duduk sini.
Sarah
: Ada apa cikgu panggil saya?
Pengetua
: Tadi saya nampak awak
menunjuk-nunjukkan pen yang cantik kepada semua kawan
awak.
Boleh saya tengok pen tu…? (Sarah mengeluarkan pen dan menunjukkan kepada
Puan
Pengetua). Eh, cantiknya pen ini tentu mahal harganya. Emmm ….ada perfume.
Tentu
banyak mak awak bagi duit setiap hari.
Sarah
: Eh tak! Ini bukan duit mak
saya ….duit ni saya ambik dari ATM semalam.
Ala…Automatic
Teller Machine yang orang cucuk kad dan keluar duit tuuu…
Pengetua
: Oooo…Kalau begitu tak
apalah . Saya cuma nak tengok aje pen awak yang cantik tu.
Kat mana awak beli?
Sarah
: The Mall, cikgu.
BABAK 6
Pengetua
mengarahkan Cikgu Azah memungut buku bank pelajar-pelajar 6A1. Cikgu Azah
memungut dan membawa buku itu kepada Pengetua. Pengetua dan Cikgu Azah mengambil
tindakan menyiasat aliran pengeluaran wang pelajar-pelajar di bank berkenaan
secara terperinci. Apabila di dapati tiada pengeluaran wang dari akaun Sarah,
Pengetua mengambil tindakan memanggil Sarah ke biliknya.
(Bunyi
ketukan pintu)
Pengetua
: Masuk
Sarah
: Assalamulaikum, Cikgu…
Pengetua
: Waalaikummussalam,
duduk !
Sarah
: Ada apa cikgu?
Pengetua
: Awak tahu apa tujuan saya
memungut buku akaun awak dan rakan-rakan awak?
Sarah
: Tidak. Kenapa cikgu?
Pengetua
: Awak tahu tak mencuri tu
satu kesalahan?
Sarah
: Kenapa cikgu tanya saya
macam tu? Saya tak mencuri. Saya tak mencuri, cikgu.
Pengetua
: Dari mana awak dapat wang
untuk membeli pen, jam dan dompet tempoh hari? Awak
mencuri
ye?
Sarah
: Saya,,,saya tak
mencuri…saya keluarkan duit saya
dari ATM.
Pengetua
: Ooo…dari ATM? Pukul
berapa dan hari apa awak keluarkan duit tu…?
Sarah
: Eee..mm..saya lupa, cikgu.
Pengetua
: Awak tahu tak, awak kata
awak keluarkan duit dari ATM, tapi mengikut transaksi
bank, tak ada
pengeluaran dari bank awak sejak 2 bulan yang lalu dan baki wang awak
hanya RM10.99 saja. Awak mahu lihat buktinya?! Ooo…masih nak nafi lagi
ye?!
Sarah
: (Sarah mula menggelabah) Saya (tergagap-gagap) saya…minta
maaf cikgu…memang
saya yang ambil
duit Aini…
Pengetua
: Macam mana dengan assigment
Cikgu Azah hari tu…siapa yang tiru siapa?
Haa…baik
kamu cakap terus terang, kalau tidak berat lagi hukumannya.
Sarah
: Maafkan saya cikgu…memang benar…assigment tu milik
Aini. Saya tak dapat buat,
jadi saya
tiru yang Aini punya.
Pengetua
: Jadi kamulah yang
menyebabkan Aini, seorang pelajar yang baik dan berdisiplin suka
memonteng
kelas ye?
Sarah
: Saya mengaku cikgu…saya
janji saya tak buat lagi. Cikgu janganlah hukum saya
cikgu, janganlah bagitahu emak saya cikgu…tolonglah cikgu…tolonglah
cikgu…
Pengetua
: Betul ni? Tapi tapi
hukuman terhadap kamu mesti dilakukan demi keadilan setimpal
dengan apa yang telah kamu lakukan.
Sarah
digantung persekolahannya selama satu minggu dan dikehendaki meminta maaf dari
Aini serta menjelaskan perkara sebenarnya kepada Cikgu Azah dan rakan-rakannya.
Sarah juga diminta membayar balik wang Aini sebanyak RM200.00. Cikgu Azah juga
meminta maaf kepada Aini kerana tidak menyiasat secara terperinci sebelum
menjatuhkan hukuman.
ke
atas
ke
Laman Karya