|
Bahasa Mata Seorang Perempuan: Dahlia
KAPAL-KAPAL TUA
nukilan: Bunga2000 Kapal-kapal tua Yang sedang belayar itu Adakah masih bertenaga Untuk sampai ke pelabuhan Kapal-kapal tua Yang sedang belayar itu Adakah berisi harta dunia Atau sarat dengan amalan Bila berhenti di pelabuhan Kapal-kapal tua Yang sedang belayar itu Sedang aku juga dalam pelayaran….
PONDOK USANG
nukilan: One2000 Nun dikejauhan Kabur oleh pandangan mata Terbias garis-garis keretakan Petanda diri dimakan usia Mungkin tidak lama Tunduk menanti hari Sisa-sisa waktu kian berlari Kan rebah menyembah bumi Itulah takdir Si pondok usang Melayan nasib Dirundung malang Demi sebuah kehidupan
BICARA
BUAT TEMAN
nukilan: Jarr
Ingin
sekali aku Menumpang
di dahan kukuh Menghirup
seteguk kasih Mengharap
sebuah pengertian Penuh
kejujuran Ingin
sekali aku Berdiri
di anjung kasihmu Bersama
keikhlasan hati Bermimpi
menyanyikan lagu mesra Mengikut
rentak dan irama Mengalun
puisi dan madah Ingin
sekali aku Mendaki
kemuncak Kinabalu Merentangi
lautan Pasifik Bersama
sebuah ikatan Persahabatan… Ingin
sekali aku Berbisik
padamu teman Mengintai
hari-hari menjelang Bersama
sebuah ketulusan Ingin
sekali aku Mengutip
dedaun kering Di
tanah gersang Bersamamu…
BICARA RINDU
nukilan: Baidurila Suria berseri Kemilau jingga menyinari Bumi pasrah gerimis membasahi Bebunga tersenyum menyeri pagi Hari indah bermula Hati gundah mula ceria Kabut semalam bertukar hala Rona wajah berubah warna Si gadis bersenandung riang Mengubat hati yang pernah malang Pada cinta terlarang Yang telah kecundang Hari ini lembaran baru Hatinya berbunga rindu Pada cinta tersimpul malu Moga subur terpateri padu Di pelamin kasih dipaku Ke hadrat Ilahi dipanjat restu
HUJAN MALAM
nukilan:
Bunga2000 Hujan malam… Meresahkan tidur seorang gadis Yang kian jauh Di garis usia Apakah yang lebih indah Di saat begini Selain belaian seorang lelaki Bernama suami Bermandi kasih Hujan malam… Seorang gadis di buai sepi Di dadanya ada luka Di hatinya ada sengsara…
PASRAH
nukilan:
Bunga2000 Daun daun kering Kupungut daun-daun kering Gugur dipinggir jalan Semusim dulu daun-daun itulah Menghijau rimbun Mengindah taman Orang tidak sekali pun pernah bertanya Kehijauan daun itukah Tanda kesuburan pohonnya… Tetapi orang kerap bersungut Daun-daun kering yang gugur Mengotorkan suasana Pun…kita seringkali melupakan Keperitan dan pengorbanan mereka Yang kini gugur dan tersadai Umpama daun-daun kering Di taman terasing
MADAH
nukilan:
Jarr Biarpun
cuaca tak selalu cerah Pelangi
juga tak selalu indah Namun…
bukanlah suatu mimpi Andai
mentari yang tenggelam Merah
lagi di esok hari Apa
yang pasti… Jauhari
jua mengenal manikam
KEHIDUPAN
nukilan
: Jarr Manis
takkan semanis madu Pahit
bukan umpama hempedu Ombak
tak selalu bergelora Ada
ketika setenang di muara Bulan
tak selalu purnama Mentari
takkan sentiasa menyinar Mendung
tak semestinya hujan Andai
dahan sekuat akar Ribut
tak sehebat taufan Hujan
bukan bermakna banjir Pantai
pasti takkan terhakis Bila
pasir seteguh benteng Jika
bicara umpama mutiara Hidup
mulia di sisi insan Andai
lidah fasih bertasbih Jiwakan
tenteram memuji Illahi Hati
suci disinari dek hidayah Hidup
kan kekal ke alam hakiki….
SEGENGGAM BERAS
nukilan:
Wan2001 Segenggam beras Janjinya menjadi bubur Secubit ikan rentung bakar Pengisi perut Enak Baki dipekasam peti Hidangan esok atau lusa Pasti lagi enak Biar perut berentak senak Cucur air dari kelopak Bukan kesal, bukan sesal Tapi kerana kurniaNya Aku hidup tidak merana masih terdaya tidak lara
CINTA
nukilan:
Baidurila Cinta
pertamaku Jatuh
pada sejadah Sesuci
kalimah syahadah Cinta
keduaku Melimpah
buat ayah bonda Titis
kasih bertakung di jiwa Cinta
ketigaku Tumpah
untuk tanahair Tempat
sumpah setiaku mengalir Cinta
keempatku Bersemi
hanya pada bahasa Demi
seni warisan bangsa Cinta
kelimaku Tersisip
khas buat si dia Kuntum
kasih mewangi selama…..
CINTA ABADI
nukilan: Su2001 Cinta… Sebuah anugerah Nukilan jiwa Manis hadirnya Pengubat lara Cinta… Adalah penyeri Asyik di sanubari Berpaut di tangkai hati Cinta… Adalah rimbunan kasih Mekar di dalam diri Kekal untuk Ilahi Ianya tetap abadi
CINTA KITA
nukilan: Grunge Cinta kita ibarat api Membakar dedaun Kau ibarat dedaun basah Dan aku ibarat dedaun kering Cinta kita pasti akan menyemarak Jika kau seperti aku Menjadi dedaun kering Kerana api akan menunjukkan garangnya Bila dedaun kering di sisinya Tapi engkau masih tetap dengan egomu Ingin menjadi dedaun basah Apakan daya… Api tidak dapat semarak Jika ada dedaun basah di situ Walaupun api bersemangat untuk membakar Tapi hanya kerana dedaun basah Api tidak dapat meneruskan perjuangan hingga ke akhirnya Terbiarlah sepi aku…dedaun kering Tanpa cinta mu…dedaun basah
CINTA
SEJATI
nukilan:
Norazah Cinta
lelaki selalunya manis Cinta
lelaki sukar meminta maaf Cinta
lelaki mudah diagih-agihkan Cinta
lelaki sukar dipamerkan Cinta
wanita selalunya pahit Cinta
wanita selalunya kudus Setia
dan romantis Cinta
wanita pandai memujuk Cinta
wanita sanggup terseksa Jika
terdera… Bila
dipujuk mudah lupa Cinta
sejati tak bertambah dengan kebaikan Cinta
sejati tak bertambah dengan kekayaan Cinta
sejati tak berkurang dengan keburukan Cinta
sejati tak berkurang dengan kemiskinan Cinta
sejati tak pernah terancam Cinta
sejati tak pernah curiga Cinta
sejati tanpa bersyarat Andai
bersyarat reputlah ia Cinta
sejati tak pohon di balas Kerana…. Ianya
pudar di telan zaman Cinta
sejati pertimbangan adil Cinta
sejati mendidik anak berjiwa Nabi Cinta
sejati semakin tua semakin sayang Agama
dijunjung Syariat
disanjung Pasaknya
iman Ketetapan
hanya pada Tuhan Rabbul Izzati Rahsia
cinta sejati….
BAHASA
MATA SEORANG PEREMPUAN
nukilan:
Dahlia Redup
tatapannya adalah luahan kasih Tajam
renungannya Adalah
ucapan dendam Jernih
sinarnya Adalah kalimat harapan Bahasa
mata Seorang
perempuan Adalah
bicara rasa Rahsia
hati..
HATI
PEREMPUAN
nukilan:
Bunga2000 Remuk
dilapah nasib Bila
maruah dicabar aib Ketika
menyiat serakah Menggeleparnya
talak Bukan
satu Tapi… Tiga
serentak Dengan
tangan menggenggan pasrah Dan
luka menakung darah Dia
meredah tabah Lembah
pengalaman dijelajah Menyempurnakan
barah satu sejarah Aduhai… Lara
semakin meraja Menatap
rujuk datang Mencalit
hina akrab ke muka Dicinabuta…
SEPENUH
HATI
nukilan:
WSFWS2000 Itulah
ikrarmu Irama
kasih kau dendangkan Tiada
sedar hati ini keruan Antara
cinta dan kasihan Hendakku biar Engkaulah
harapan Biarlah
berlagu dalam tangisan Agar
dirimu tidak kesepian Biarku
pujuk hati ini Moga
bertandang deruan rindu Moga
bertaburan kasih di laman syahdu Biarlah… Aku
hiba diriku gersang Tasik
hati kian kekeringan Entah
bila bunga bermusim Agar
putik berbuah sayang Aku… Terluka
sendirian Bagai
tiada laluan Merindu
pada rembulan Impian
mencari kepastian Biarpun
dia masih menanti Menanti
sebuah kebahagiaan Sebuah
kebahagiaan ciptaan…..
|