|
Sebagai
seorang bakal guru alaf baru keluaran sebuah universiti yang bertaraf
antarabangsa, maka sepatutnya anda memiliki kapasiti ilmu dan kemahiran yang
boleh dibanggakan walaupun tidak menguasai keseluruhannya. Kegiatan ko-kurikulum
merupakan antara bidang yang bakal anda kendalikan sama ada anda bersedia atau
tidak. Apakah yang bakal anda laksanakan sekiranya anda diminta menubuhkan dan
mengendalikan sebuah pasukan pengakap di sekolah yang bakal anda berkhidmat? Penulis
pernah diberi peluang berkhidmat di salah sebuah sekolah SMKA selama beberapa
bulan. Apa yang difokuskan di sini ialah bagaimana seorang guru yang telah
diamanahkan untuk menubuhkan dan mengendalikan sebuah pasukan pengakap sekolah.
Beliau ternyata langsung tidak berpengalaman untuk mengendalikan badan
beruniform ini. Walaupun perjumpaan dijalankan setiap dua minggu sekali, namun
pengisiannya tidak sedikit pun mengikut skima dan peraturan yang telah
ditetapkan oleh Persekutuan Pengakap Malaysia, malah pasukan sekolah tersebut
bergerak secara haram kerana tidak didaftarkan penubuhannya! Penulisan ringkas
ini adalah untuk memberikan sedikit panduan dan gambaran umum kepada anda
tentang pengakap, moga-moga anda tidak senasib sebagaimana guru malang tersebut. Pergerakan
Pengakap di Malaysia telah ditubuhkan mengikut Akta Parlimen No. 38, tahun 1968
dengan pindaan 143 tahun 1974. Oleh itu sebarang pindaan terhadap Pergerakan ini
perlu dilakukan di dalam parlimen Malaysia. Pergerakan
ini mempunyai tujuan, prinsip dan undang-undang yang tersendiri.
Secara ringkasnya, sebagaimana berikut : a.
Tujuan q
Membantu perkembangan
intelek, rohani,
emosi dan jasmani
anggota. q
Menyumbang ke arah pembangunan negara q
Mewujudkan warganegara yang bertanggungjawab b.
Prinsip q
Penghayatan konsep Ketuhanan q
Bertimbangrasa terhadap hak asasi manusia q
Berkeyakinan c.
Undang-undang q
Berteraskan ajaran agama q
Persetiaan dan undang-undang tersendiri Persetiaan
Pengakap
"Bahawa
dengan sesungguhnya saya berjanji dan bersetia yang saya dengan sedaya upaya
saya akan taat kepada Tuhan, raja dan negara, menolong
orang pada
setiap masa
dan menurut undang-undang Pengakap" Undang-undang
Pengakap -
Dipercayai -
Taat -
Berguna -
Bersaudara -
Berbudi -
Kasihkan binatang -
Menurut perintah -
Tabah hati -
Bejimat cermat -
Suci fikiran, perkataan dan
perbuatan Apakah
yang perlu anda lakukan sekiranya anda diminta mengemudi Pasukan Pengakap di
sekolah nanti ?. Panduan ini hanya secara ringkas sebagai asas bagi anda. Antara
yang perlu anda lakukan ialah: q
Pastikan pasukan
Pengakap sekolah
tersebut telah
didaftarkan penubuhannya dan mendapat nombor pendaftaran khusus.
Sekiranya masih belum didaftarkan anda perlu mendaftarkannya dengan mengisi
borang (PPM 8) dan menyertakan bayaran sebanyak RM 10.00 sahaja.
Anda perlu merujuk kepada Pesuruhjaya Pengakap Daerah untuk mendapatkan
pandangan dan nasihat. q
Mendaftarkan pelajar anda sebagai ahli Persekutuan Pengakap
Malaysia pada tiap-tiap tahun sebelum bulan April. Yurannya adalah RM 2.00 untuk
setiap ahli dan RM 5.00 untuk pemimpin. Sebagai pemimpin, anda juga
perlu mendapat tauliah
untuk mengendalikan satu pasukan
Pengakap. q
Membentuk ahli kumpulan kepada beberapa patrol setiap satu
seramai 6 hingga 8 anggota yang diketuai oleh seorang Ketua Patrol. q
Menubuhkan Majlis Ketua Patrol untuk merancang aktiviti.
Majlis ini dianggotai oleh Ketua bagi setiap Patrol. Anda sebagai Penasihat bagi
Majlis ini. q
Merancang aktiviti mingguan, bulanan, dan tahunan serta
latihan yang sesuai. Pada peringkat sekolah menengah anggota pengakap
dibahagikan kepada dua kumpulan mengikut peringkat umur. -
Pengakap Muda (Tingkatan I hingga Tingkatan 3) -
Pengakap Remaja (Tingkatan 4 hingga Tingkatan 5) Setiap
kategori mempunyai
Skima Latihan
yang tersendiri (anda
dinasihatkan untuk mendapatkan buku-buku skima
latihan sebagai panduan).
Apabila seorang ahli pengakap berjaya menjalani program latihan yang telah
ditetapkan, beliau layak untuk menghadiri Pentarafan Pengakap Raja. la merupakan
ujian terakhir untuk mendapat anugerah tertinggi pada peringkat ini iaitu
Anugerah Pengakap Raja. Anugerah ini dikurniakan sendiri oleh Sultan negeri di
mana ahli pengakap itu berada. la menjadi impian setiap ahli Pengakap di
Malaysia. q
Mengadakan sebuah Bilik Gerakan. q
Memastikan stok alatan kumpulan sentiasa dikemaskini. q
Setiap kegiatan
perlu direkodkan dalam
buku log
untuk rujukan kemajuan. Perlu
diingatkan bahawa terdapat tanggapan bahawa aktiviti-aktiviti Pengakap adalah
melalaikan dan
kebaratan serta
dianggap tidak Islamik. Namun
berdasarkan pengalaman, program latihan yang disusun cukup bermanfaat kepada
ahli untuk membekalkan kemahiran dan pengalaman yang tidak diperolehi di
bilik-bilik darjah. Anda sebagai
Pemimpin kumpulan sebenarnya mempengaruhi arah dan perjalanan kumpulan sama ada
ke arah yang lebih Islamik atau tidak. Tanggungjawab anda adalah cukup besar
untuk menerapkan nilai-nilai Islam merentas semua kegiatan yang dirancang agar
ia tidak sia-sia dan melalaikan. Semoga usaha menjadi ibadah dan mendpat
ganjaran dariNya. Demikianlah secara ringkasnya beberapa perkara yang anda perlu dititikberatkan untuk mengendalikan sebuah Pasukan Pengakap. Masih banyak lagi pengetahuan dan kemahiran yang perlu anda dalami untuk menjadi seorang pemimpin yang berjaya. Semoga ia memberi manfaat kepada anda sekalian.
|