Hari Valentine

 

Benarkah ianya kasih sayang belaka ?

Hari kasih sayang yang dirayakan oleh orang-orang Barat pada tahun-tahun terakhir di sebut Valentine Day atau Hari Valentine amat popular dan merebak di pelusuk Indonesia bahkan di Malaysia juga, lebih-lebih lagi apabila menjelangnya bulan Februari di mana banyak kita temui simbol-simbol atau iklan-iklan tidak Islamik hanya wujud demi untuk mempromosi Hari Valentine. Pelbagai tempat hiburan bermula dari disko, kelab malam, hotel-hotel, organisasi-organisasi mahupun kelompok-kelompok kecil. Ramai yang berlumba-lumba menawarkan acara untuk merayakan Hari Valentine dengan pengaruh media massa seperti surat khabar, radio mahupun televisyen. Sebahagian besar masyarakat Islam juga turut dihidangkan dengan iklan-iklan Hari Valentine.

 

SEJARAH HARI VALENTINE

Kita tidak tahu apakah sejarah awal Hari Valentine? Pada tanggal 14 Februari 270 M, St Valentine dibunuh kerana pertelingkahannya dengan penguasa Romawi pada waktu itu iaitu Raja Claudius II (268-270 M). Untuk mengagungkan dia(St. Valentine) yang dianggap sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup, maka para pengikutnya memperingati kematiannya sebagai upacara keagamaan.

Tetapi sejak abad ke 16 M, upacara keagamaan tersebut mulai hilang dan berubah menjadi perayaan bukan keagamaan. Hari Valentine kemudiannya dihubungkan dengan pesta jamuan kasih sayang bangsa Romawi kuno yang disebut ‘supercalis' yang jatuh pada tanggal  15 Februari.  Setelah orang-orang Romawi memasuki agama Nasrani pesta ‘supercalis’ dikaitkan dengan upacara kematian St. Valentine. Penerimaan upacara kematian St. Valentine sebagai hari kasih sayang juga dikaitkan dengan kepercayaan orang Eropah bahawa  kasih sayang itu mulai bersemi bagai burung jantan dan burung betina pada tanggal 14 Februari.

Manusia pada zaman sekarang tidak lagi mengetahui dengan jelas asal usul Hari Valentine. Zaman sekarang orang menyambut Hari Valentine melalui kad ucapan, pesta persaudaraan, bertukar-tukar hadiah dan sebagainya tanpa ingin mengetahui latar belakang sejarahnya lebih dahulu. Di sini kita dapat membuat kesimpulan bahawa Hari Valentine hanyalah tidak lebih kepada bercorak keagamaan atau animisme belaka yang berusaha merosak akidah muslim dan muslimah sekaligus memperkenalkan gaya hidup barat dengan bertopengkan percintaan, perjodohan dan kasih sayang.

Oleh kerana itu Islam melarang kepercayaan  lain dalam Islam atau disebut TAQLID. Hadith Rasulullah S.A.W, “Barang siapa yang meniru atau mengikuti suatu kaum (agama) maka dia termasuk kaum(agama) itu".  Firman Allah SWT dalam surah Al-Imran (keluarga Imran ) ayat 85:

 “Barang siapa yang mencari agamanya dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi”

 

MARI ISTIQAMAH (BERPEGANG TEGUH )

Perhatikanlah Firman Allah SWT,

“…dan sesungguhnya jika kamu mengikuti keinginan mereka setelah datangnya ilmu kepadamu, sesungguhnya kamu kalau begitu termasuk golongan orang-orang yang zalim”

Menurut Peguam Zulkifli Nordin(peguam di Malaysia ) di dalam kaset MURTAD, “Valentine” adalah nama seorang paderi, namanya Pedro St. Valentino. 14 Februari 1492 adalah hari kejatuhan Kerajaan Islam Sepanyol. Paderi ini mengumumkan atau mengistiharkan hari tersebut sebagai hari kasih sayang kerana padanya Islam adalah ZALIM !!!. Semoga anda semua mengambil iktibar.  Jadi, mengapa kita ingin menyambut Hari Valentine ini kerana itu adalah hari jatuhnya kerajaan Islam kita di Sepanyol.

 

ke atas

ke Laman Karya