Cintakan Allah

 

 

1.                   Dia ingin berjumpa dengan siapa yang dicintaiNya.  Keinginannya itu begitu kuat sehingga jika dia yakin bahawa tiada jalan untuk itu kecuali dengan meninggalkan dunia ini, dia tidak akan keberatan.

2.                   Dia bersedia meninggalkan segala yang disukainya jika bertentangan dengan perintahNya.

3.                   Dia cinta akan Al-Quran; kitab suciNya, cinta kepada Rasulullah S.A.W; pesuruhNya, cinta kepada apa dan siapa yang ada hubungannya dengan Dia. Barang siapa cinta kepada Allah, tentu ia cinta kepada makhlukNya.

4.                   Suka bermunajat dan berbisik-bisik denganNya. Di keheningan malam diambilnya kesempatan untuk sembahyang tahajjud.

5.                   Dia sangat merasa sayang kalau dalam hidupnya ada sesaat yang tak diisi dengan zikir atau taat kepadaNya.

6.                   Taat itu dirasanya sebagai nikmat. Tiap-tiap orang yang asyik tidak akan merasa berat berbuat apa saja.

7.                   Dia merasa sayang dan kasih kepada sekalian hamba Allah Taala tetapi keras terhadap musuh-musuhNya.

8.                   Dalam cintanya itu dia merasa takut dan merasa dirinya rendah kerana hormat dan takzimnya. Takut di sini tidak bertentangan dengan cinta. Insaf akan kebesaran Allah itu menimbulkan rasa ngeri. Berhadapan dengan keindahanNya dan kesempurnaanNya mendatangkan cinta.

9.                   Dia merahsiakan cintanya, iaitu kerana takzim akan yang dicintainya kerana memuliakanNya kerana haibat kepadaNya dan kerana ghairah akan rahsiaNya.

10.               Merasa unus(ramah dan gembira) dalam 'bergaul' dan 'berdekatan' denganNya.

11.               Rela dan menerima dengan senang segala sesuatu yang datang dariNya.

 

Petikan dari kitab karya Imam al-Ghazali

 

 

ke atas

ke Laman Karya