Gunting dalam Lipatan

 

BABAK 1

 

Dalam kelas tingkatan 6A1, guru disiplin selaku guru kelas telah memberi arahan kepada pelajar supaya membuat kertas kerja dan diberi tempoh selama seminggu. Di rumah, Aini terus menyediakan bahan rujukan dan menyiapkan kerja yang diberikan. Esoknya:

 

Waktu akhir persekolahan telah tamat . Loceng berdering. Kringg…

 

Aini                         :  Sarah, jom balik.

Sarah                     :  Jom. Oh ya Aini, awak dah siapkan kerja yang Cikgu Azah bagi semalam?

Aini                         :  Sudah. Cuma menunggu masa dihantar aje

Sarah                     :  Ala…saya belum siap lagi la. Boleh tak saya tengok cara awak mengulas?

Aini                         :  Awak nak pinjam? Emmm…bolehlah tapi..awak kena jaga baik-baik, tau?

Sarah                     :  Alah..jangan lah bimbang, saya cuma nak tengok aje lah! Nanti saya hantarkan

   assigment ini di rumah awak

Aini                         :  Baiklah…ini dia.

 

Sarah mula meniru kerja Aini di bilik komputer.

Bunyi keyboard

Setelah menyiapkan assigment Sarah berjumpa dengan Cikgu Azah dan menyerahkan kerja.

 

Sarah                     :  Cikgu, ini dia kerja saya

Cikgu Azah          :  Emm..cepatnya siap. Nampaknya awaklah orang pertama hantar. bagus..

Sarah                     :  Ia ke Cikgu? Tak ada lagi pelajar yang hantar sebelum saya? Kalau begitu, saya pulang

   dululah cikgu.

Cikgu Azah            :  Baiklah.

 

BABAK 2

 

Beberapa hari selepas itu…

 

Sarah                     :  Nah Aini..ini dia assigment awak.

Aini                         :  Kenapa awak lambat hantar ? Awak janji nak pinjam kejap aje…saya tunggu di rumah …tak datang-datang pun.

Sarah                     :  Alah…kan hari ini  baru tarikh tutupnya ? Cepat hantarkan pada Cikgu Azah.

Aini                         :  Ye lah…ye lah

 

Aini kemudiannya ke bilik Cikgu Azah.

 

Aini                         :  Cikgu… ini dia assigment saya.

Cikgu Azah            :  Ya, Aini. Lambat pulak awak serahkan assigment  awak kali ini! Biasanya awaklah

   orang pertama yang hantar. Kenapa ni Aini, awak ada masalah ke?

Aini                         :  Aaa…tak ada apa-apa Cikgu.

 

Kringg… masa akhir persekolahan. Cikgu Azah berjalan menuju ke kelas.

Bunyi tapak kasut Cikgu Azah.

Pelajar senyap.

 

Cikgu Azah            : Assalamualaikum kelas… Saya dah semak assigment awak semua. Secara

  keseluruhannya….memuaskan, tapi…saya dapati ada pelajar yang meniru…O.K Sarah

  dan Aini, saya dapati assigment kamu sama. Siapa yang tiru siapa?

Aini                         :  Cikgu, Sarah yang tiru saya. Sebab hari tu dia pinjam ssigment saya.

Sarah                     :  Cikgu, mestilah dia yang tiru saya…kan saya yang hantar paling awal?

Aini                         :  Hei, Sarah! Engkaukan pinjam yang aku punye…

Sarah                     :  Mana ada aku tiru engkau…engkau jangan nak tuduh-tuduh…

Aini                         :  Habis tu, macam mana boleh sama….?

Cikgu Azah            :  Cikgu tak nak kamu bertengkar kat sini! Hah Aini! Kenapa kamu kata Sarah tiru

   assigment kamu, sedangkan Sarah yang hantar assigment  tu lebih awal daripada

   kamu?

Aini                         :  Betul cikgu…saya tak tipu. Sarah yang tiru saya.

Sarah                     :  Eh, mana ada… dia yang tiru saya Cikgu.

Cikgu Azah            :  (Mengetuk meja) Diam! Saya tak nak kamu bergaduh.

Cikgu Azah            :  Ha Aini ! Kamu tidak dapat membuktikan bahawa Sarah telah mencuri assigment

   kamu. Ini bermakna kamu yang meniru assigment Sarah. Kamu mesti

   bertanggungjawab atas kesalahan kamu. Jadi, kamu mesti minta maaf dari Sarah,

   sekarang!

 

Aini berkeras tidak mahu meminta maaf

 

Sarah                     :  Hah cepatlah Aini, cepat minta maaf…nanti cikgu lagi marah!

Aini                         :  Maafkan saya Sarah (dengan suara yang perlahan)

Cikgu Azah            :  Kuatkan suara kamu, Aini!

Aini                         :  Maafkan saya Sarah (dengan suara yang kuat)

Cikgu Azah            :  Baiklah pelajar-pelajar semua, saya tak nak kamu lakukan sepertimana yang telah Aini

   lakukan. Jadikan peristiwa ini sebagai satu iktibar. Aini ingat dia akan terlepas.  Aini!

   Jangan lupa buat assigment yang lain dan hantarkan kepada cikgu esok.

 

Cikgu Azah memulakan pembelajaran.

 

Cikgu Azah            :  Hari ini cikgu akan mengajar Kata Bantu Aspek dan Kata Bantu Ragam. Kata Bantu

   aspek ialah kata bantu yang menggunakan perkataan seperti telah, sedang, sudah,

   belum dan sebagainya manakala kata bantu ragam ialah kata bantu yang menggunakan

   kata bantu seperti hendak, mahu, harus dan sebagainya. Faham tak semua?

Pelajar-pelajar     :  Faham cikgu!

Cikgu Azah            :  Okey Sarah cuba awak buatkan ayat dengan menggunakan Kata Bantu Aspek.

Sarah                     :  Baik, cikgu. Emmm…saya akan menggunakan kata bantu telah. Aini telah meniru

   assigment  rakannya.

Cikgu Azah            :  Sarah…Sarah…suka awak mengenakan Aini ye!

Cikgu Azah            :  Siapa sukarela nak buat ayat menggunakan Kata Bantu Ragam?

Sarah                     :  Saya, cikgu .(Sambil mengangkat tangan)

Cikgu Azah            :  Ye Sarah.

Sarah                     :  Saya nak menggunakan kata bantu mahu. Saya tak mahu jadi seperti Aini.

 

Kringg… Masa akhir persekolahan telah tamat

 

Cikgu Azah            :  Pelajaran kita akan bersambung pada hari esok.

Pelajar-pelajar     :  Terima kasih cikgu.

 

Sarah bergegas mahu pulang

 

Aini                         :  Sarah! Nanti dulu! Nanti dulu Sarah! Aku nak bercakap sekejap dengan engkau.

Sarah                     :  Aaa…maafkan aku Aini, aku nak cepat ni…nanti ketinggalan bas pulak…

Aini                         :  Sarah…! Sarah…nanti!

 

 

BABAK 3

 

Akibat daripada kejadian tersebut, Aini merasa sangat malu dan tidak puas hati terhadap keputusan Cikgu Azah.  Hubungannya dengan Sarah juga semakin renggang.  Sikap Aini juga turut berubah.  Dia sudah tidak berminat lagi untuk belajar di kelas. Dia sentiasa ponteng kelas.  Cikgu Azah masuk ke kelas seperti biasa sambil memerhatikan pelajar-pelajarnya satu persatu.  Didapati Aini tidak hadir.

 

Cikgu Azah            :  Sarah! Mengapa Aini sudah seminggu tak hadir ke kelas? Dia sakit ke…?

Sarah                      :  Eh, semalam saya nampak dia kat bandar, cikgu.  Nampaknya dia sihat aje.  Saya rasa

    dia pontenglah Cikgu.  Sebab dia tak buat lagi kerja sekolah yang cikgu suruh buat

    semula tu…

Cikgu Azah            :  Kalau tak silap saya awak sekampung dengannya kan? Nanti bagitahu dia jumpa saya,

    lagipun esok dah hari akhir tarikh pembayaran yuran. Suruh dia bawak duit yuran

    sekali.

Sarah                     :  Baiklah Cikgu

 

Cikgu Azah memulakan pembelajaran.

 

Cikgu Azah            :  Baiklah kelas . Hari ini cikgu akan mengajar tentang pola ayat dasar…..

 

Loceng berbunyi. Kringg….

Cikgu Azah mengambil keputusan untuk melaporkan kepada pengetua ketidakhadiran Aini ke kelas selama beberapa hari.

 

Cikgu Azah            :  Cikgu, saya nak buat laporan tentang pelajar di kelas saya…namanya Noraini Harun.

   Dia ni…sudah seminggu tak datang ke kelas. Sebelum ni, dia seorang pelajar yang

   baik, tekun belajar dan berdisiplin. Minggu lepas dia telah meniru assigment rakannya

   dan saya telah menjatuhkan hukuman dengan menyuruhnya meminta maaf di hadapan

   kelas dan membuat assigment yang lain.

Pengetua              :  Sudahkah awak siasat perkara ini sebelum menjatuhkan hukuman?

Cikgu Azah            :  Aaa… sudah .

Pengetua              :  Saya rasa belum pernah ada kes ponteng kelas yang serius di sekolah kita.

   Walaubagaimanapun…tak mengapa. Saya akan siasat perkara ini….dan jika ada apa-

   apa perkembangan, minta Cikgu Azah melaporkan kepada saya.

Cikgu Azah            :  Baiklah Puan Pengetua, terima kasih. Saya minta diri dulu..

Pengetua              :  Sama-sama.

 

 

BABAK  4

 

Aini membawa wang sebanyak RM200.00 untuk membayar yuran STPM. Aini tercari-cari duitnya yang disimpan di dalam beg.

 

Aini                         :  Eh! Mana duit aku? Sarah ! Kau ada nampak duit aku tak?

Sarah                     :  Eh engkau ni, takkan itu pun kau nak tanya aku? Tak ada masa lah aku nak jaga harta

   benda engkau! Tercicir lah tu…kot.

Aini                         :  Alamak matilah aku! Duit tu…aku nak bayar yuran…dahlah hari ini tarikh tutup.

Sarah                     :  Nasiblah engkau.

 

Cikgu Azah masuk ke kalas untuk memungut duit yuran STPM.

 

Cikgu Azah         :  O.K hari ini sesiapa yang belum jelaskan yuran tolong jelaskan sekarang sebab hari ini

   dah tarikh akhir untuk pembayaran yuran.

 

(Cikgu Azah memerhatikan keadaan sekeliling. Tidak ada pelajar yang tampil untuk membayar yuran).

 

Cikgu Azah            :  Hah Aini, sudah lama saya tak nampak awak? Saya rasa,  awak sorang lagi yang belum

   bayar, kan?

Aini                         :  (Tergagap-gagap) Aaa…Cikgu, memang saya nak bayar yuran hari ni…tapi..tiba-tiba

   duit saya hilang.

Sarah                     :  Hari ni baru nak datang bayar yuran…asyik ponteng aje (dengan suara menyindir)

Cikgu Azah            :  Macam mana duit kamu boleh hilang? Awak dah cari betul-betul? Mungkin jatuh

   bawah kerusi atau tercicir dalam beg tu tak?

Aini                         :  Entahlah…tadi saya letak dalam beg…bila saya balik dari tandas, saya dapati duit

   tu…dah hilang (dengan suara yang sayu).

Cikgu Azah            :  Kalau macam tu… semua pelajar keluarkan buku dan barang-barang dari dalam beg,

   letakkan di atas meja dan berdiri!

 

(Sarah memerhatikan keadaan sekeliling dan terus memasukkan duit yang dicurinya di dalam kasut). Semua pelajar diperiksa oleh Cikgu Azah.

 

Cikgu Azah            :  Emm…nampaknya tak ada…tak apalah. Saya akan siasat lebih lanjut perkara ini.

 

Cikgu Azah  terus masuk ke bilik Puan Pengetua

(Bunyi ketukan pintu)

 

Cikgu Azah            :  Assalamualaikum cikgu.

Pengetua              :  Waalaikummusssalam..ya Cikgu Azah ,ada apa-apa masalah?

Cikgu Azah          :  Macam ni…cikgu, seorang pelajar Noraini Harun gagal membayar yuran, sedangkan

                                hari ni tarikh tutup. Tadi dia mengadu duit yuran yang dia sediakan hilang dalam kelas.

Pengetua              :  Ooo..Noraini yang terlibat dalam kes ponteng kelas tu…yea?

Cikgu Azah          :  Aaa ya, Puan. Aaa.. pada pandangan puan, apa yang perlu kita lakukan? Tadi…saya

    dah buat spot check tapi…tak berjaya.

Pengetua              :  Spot check pun tak berjaya? Emmm... pelik ye. Siapa kawan baik Aini tu? Satu

   soalan lagi, dia duduk bersebelahan dengan siapa di dalam kelas?

Cikgu Azah            :  Setahu saya, Sarah merupakan kawan karibnya dan Aini pula duduk bersebelahan

   dengannya.

Pengetua              :  Sarah dan Aini….assigmentnya….(berfikir). Macam ni, cikgu boleh beredar dulu,

   jangan bimbang, kita akan bersama-sama menyelesaikan masalah ini , Insyallah.

 

 

BABAK 5

 

Keesokan harinya, Sarah menayang-nayangkan barang-barang yang baru dibelinya. Kebetulan pada masa yang sama Pengetua ternampak tingkah laku Sarah.

 

Sarah                     :  Awatif, tengoklah pen aku ni…cantik… mahal tau…cuba bau ni…haaa..ada perfume

   lagi. Lina! Tengok jam aku…jenama Gucci tau! Ni…ni… dompet duit ni…aku baru

   beli jugak tau?

Aini                         :  Banyaknya duit kau Sarah?!

Sarah                     :  Mestilah…duit aku berlambak dalam bank. Kenapa, engkau jealous ke?

Aini                         :  Huh..perasan! Ke engkau ambik duit aku?

Sarah                     :  Hoi! Cakap jangan sebarang cakap…nanti aku cili mulut engkau, baru tahu.

 

Loceng terakhir waktu persekolahan terakhir berbunyi. Cikgu Azah bergegas ke tingkatan  6A1.

 

Cikgu Azah            :  Sarah! Pengetua nak jumpa kamu. Ke biliknya segera, ye?!

Sarah                     :  Baik cikgu.

Aini                         :  Hei Sarah! Ada apa Pengetua nak jumpa engkau?

Sarah                     :  Hei… biasalah, pelajar terbaik. Mestilah pengetua nak jumpa.

Aini                         :  Perasan.

 

Sarah ke bilik Pengetua selepas selesai waktu sekolah.

(Bunyi ketukan di pintu)

 

Pengetua              :  Masuk

Sarah                     :  Assalamulaikum, Cikgu…

Pengetua              :  Waalaikummussalam, mari duduk sini.

Sarah                     :  Ada apa cikgu panggil saya?

Pengetua              :  Tadi saya nampak awak menunjuk-nunjukkan pen yang cantik kepada semua kawan

   awak. Boleh saya tengok pen tu…? (Sarah mengeluarkan pen dan menunjukkan kepada

   Puan Pengetua). Eh, cantiknya pen ini tentu mahal harganya. Emmm ….ada perfume.

   Tentu banyak mak awak bagi duit setiap hari.

Sarah                     :  Eh tak! Ini bukan duit mak saya ….duit ni saya ambik dari ATM semalam.

                                   Ala…Automatic Teller Machine yang orang cucuk kad dan keluar duit tuuu…

Pengetua              :  Oooo…Kalau begitu tak apalah . Saya cuma nak tengok aje pen awak yang cantik tu.

   Kat mana awak beli?

Sarah                     :  The Mall, cikgu.

 

 

BABAK 6

 

Pengetua mengarahkan Cikgu Azah memungut buku bank pelajar-pelajar 6A1. Cikgu Azah memungut dan membawa buku itu kepada Pengetua. Pengetua dan Cikgu Azah mengambil tindakan menyiasat aliran pengeluaran wang pelajar-pelajar di bank berkenaan secara terperinci. Apabila di dapati tiada pengeluaran wang dari akaun Sarah, Pengetua mengambil tindakan memanggil Sarah ke biliknya.

(Bunyi ketukan pintu)

 

Pengetua              :  Masuk

Sarah                     :  Assalamulaikum, Cikgu…

Pengetua              :  Waalaikummussalam,  duduk !

Sarah                     :  Ada apa cikgu?

Pengetua              :  Awak tahu apa tujuan saya memungut buku akaun awak dan rakan-rakan awak?

Sarah                     :  Tidak. Kenapa cikgu?

Pengetua              :  Awak tahu tak mencuri tu satu kesalahan?

Sarah                     :  Kenapa cikgu tanya saya macam tu? Saya tak mencuri. Saya tak mencuri, cikgu.

Pengetua              :  Dari mana awak dapat wang untuk membeli pen, jam dan dompet tempoh hari? Awak

   mencuri ye?

Sarah                     :  Saya,,,saya  tak mencuri…saya keluarkan  duit saya dari ATM.

Pengetua              :  Ooo…dari ATM? Pukul berapa dan hari apa awak keluarkan duit tu…?

Sarah                     :  Eee..mm..saya lupa, cikgu.

Pengetua              :  Awak tahu tak, awak kata awak keluarkan duit dari ATM, tapi mengikut transaksi

   bank,   tak ada pengeluaran dari bank awak sejak 2 bulan yang lalu dan baki wang awak

   hanya RM10.99 saja. Awak mahu lihat buktinya?! Ooo…masih nak nafi lagi ye?!

Sarah                     :  (Sarah mula menggelabah) Saya (tergagap-gagap) saya…minta maaf cikgu…memang

                                   saya yang ambil duit Aini…

Pengetua              :  Macam mana dengan assigment Cikgu Azah hari tu…siapa yang tiru siapa?

   Haa…baik kamu cakap terus terang, kalau tidak berat lagi hukumannya.

Sarah                     :  Maafkan saya cikgu…memang benar…assigment tu milik Aini. Saya tak dapat buat,

   jadi saya tiru yang Aini punya.

Pengetua              :  Jadi kamulah yang menyebabkan Aini, seorang pelajar yang baik dan berdisiplin suka

   memonteng kelas ye?

Sarah                     :  Saya mengaku cikgu…saya janji saya tak buat lagi. Cikgu janganlah hukum saya

   cikgu, janganlah bagitahu emak saya cikgu…tolonglah cikgu…tolonglah cikgu…

Pengetua              :  Betul ni? Tapi tapi hukuman terhadap kamu mesti dilakukan demi keadilan setimpal

   dengan apa yang telah kamu lakukan.

 

Sarah digantung persekolahannya selama satu minggu dan dikehendaki meminta maaf dari Aini serta menjelaskan perkara sebenarnya kepada Cikgu Azah dan rakan-rakannya. Sarah juga diminta membayar balik wang Aini sebanyak RM200.00. Cikgu Azah juga meminta maaf kepada Aini kerana tidak menyiasat secara terperinci sebelum menjatuhkan hukuman.

 

 

ke atas

ke Laman Karya