Kata-Kata Aluan Presiden PPU

 

Assalammualaikum wrt wbt

Segala puji-pujian bagi Allah Taala yang menjadikan alam ini serta selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w.

Syukran Jazilan dan tahniah saya kalungkan khusus buat seluruh ahli jawatankuasa Biro Penerbitan PPU 200/2001 yang telah  berjaya menerbitkan Majalah Tahunan PPU buat kali yang terakhir. Pastinya majalah ini merakamkan banyak peristiwa dan aktiviti sepanjang tahun kita bersama di kulliyyah ini. Adalah diharapkan segala yang termaktub di sini tidak hanya kita jadikan sebagai santapan nostalgia semata-mata. Yang lebih penting ianya dapat menjalinkan ukhuwah abadi sesama kita.

Sahabat-sahabat yang saya kasihi sekalian,

Ramai di kalangan kita kini menarik nafas lega setelah setahun berkorban masa dan wang ringgit semata-mata untuk sekeping diploma. Sememangnya kejayaan ini adalah hak kita semua. Namun kejayaan ini sebenarnya menuntut kepada satu pengorbanan yang lebih besar lagi iaitu tugas kita mendidik anak bangsa. Segala cabaran dan rintangan pastinya akan kita tempuhi. Justeru, cekalkanlah jiwa dan semangat kita di mana jua kita berada dan yakinilah sahabat-sahabatku bahawa perjuangan kita di medan pendidikan ini bakal mengangkat martabat kita sebagai seorang insan. Marilah kita bertekad dan berazam unutk menjadi pendidik ummah yang cemerlang dan semoga keikhlasan kita ini dikira ibadah di sisi Allah s.w.t

Sebelum mengakhiri bicara, sekali lagi saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih buat sahabat semua, para pensyarah yang dikasihi, kakitangan Kulliyyah Pendidikan khususnya pihak Dekan yang tidak jemu-jemu memberikan sokongan padu kepada saya juga exco dalam menerajui kepimpinan PPU Sesi 2000/2001. Semoga Allah memberi rahmat buat kita semua.

Sekian, salam ukhuwah sepanjang zaman.  

Wassalam

MOHD AMIR ISMAIL

Presiden Persatuan Pendidik Ummah

Diploma Pendidikan UIAM

Sesi 2000/2001 

 

 

Kata-Kata Aluan Rektor

Kata-Kata Aluan Dekan

Kata-Kata Aluan Penyelaras

Kata-Kata Aluan Ketua Editorial

Ke Laman Utama