Kata-Kata Aluan Ketua Editorial

 

Assalamualaikum WBT,

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya akhirnya Majalah Tahunan bagi warga Diploma Pendidikan UIAM Sesi 2000/2001 dapat diterbitkan.  Tahniah dan ribuan terima kasih kepada semua ahli Editorial Majalah yang tanpa mengenal jemu berusaha menyiapkan majalah ini.

Memandangkan ini merupakan versi terakhir majalah, kami telah berusaha untuk memberikan yang terbaik untuk anda semua. Diharapkan juga dengan adanya majalah ini dapatlah dijadikan sebagai penawar rindu kepada kenangan bersama sahabat-sahabat sepanjang kita berada dalam program Diploma Pendidikan ini.

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat berjuang kepada sahabat-sahabat semua yang akan bergelar GURU.  Semoga apa yang kita dapati di bilik kuliah dan semasa praktikal dapat dijadikan panduan bagi menempuh cabaran sebagai seorang pendidik.

Akhir kata, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan penerbitan majalah ini. 

Wassalam.

HANIF HIZAM

Ketua Editorial

Majalah Diploma Pendidikan UIAM

Sesi 2000/2001

 

 

Kata-Kata Aluan Rektor

Kata-Kata Aluan Dekan

Kata-Kata Aluan Penyelaras

Kata-Kata Aluan Presiden PPU

Ke Laman Utama